Sabtu, 24 November 2012

RanDOm ...

Assalamualaikum...
JAWAB, JGN X JWB.. hehe..
hmm, dah masuk hari yg ke 15 kita cuti sekolah kan ? tinggal lg 6 hari kakak aku akan pulang ke Melaka untuk sambung semester.. aku plak lg 7 hari nak gi Kem PERMATApintar.. x sabar2 rasanya nak jumpa ngan kwan2 kat sana yg always happening tp jgn sampai pening,, hehe, wat lawak bodoh jap.. -,- sebenarnya, aku ni tgh rindu nak gi skolah smula.. almaklomlah, duduk umah x tau nak buat apa, bagun, mkn, bca novel, solat, tgk tv, dll.. x byk pon bnda nak buat... nak ronda2 lak, ptg2 hujan.. pasrah jaa laa, musim tengkujuh..

haaa,,, ni aku nak tunjuk serba skit gmbar hari last persekolahan aku kat skolah SMKDB sesi 2012 sebagai murid tingkatan dua.. mak aih, thun dpan nak PMR dah !! argh, kejapnya, rasa mcm baru ja amik kputusan UPSR... hmm, ni sbenarnya antara kenangan terindah aku kat skolah tu.. terima kasih yer rakan2 kelas aku yg slalu membantu aku dan memberi kerjasama yg sebaiknya... 

err, mlas laa nak tulis dah, kita tunjuk gmbar plak yaa... 
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
|
||
|
|
|
|
||
|
|
|
||
|
|
||
|
|
|
||
|
tarrrrrraaaaaaa !!!!

haa, ni laa cikgu kami.. time ni hari trakhir dia.. dia dah bersara..  terima kasih cikgu.



haa.. ni laa aku.. hehe, excited bwak kamera.. :)

preparing untuk jamuan.. :) biar girls yg buat keja.. haha.. :D

haa, ini laa guru kelas aku.. :)

taman koperasi, cantik kan? hehe.. (bangga jap ngan skolah)


inilah geng budak lelaki kelas aku.. 10 org jer.. :)


dari kiri, badrul, syafiq,uwais, amirul.. :)

x sdar gmbar ni ada, time ni ckgu ict aq yg sruh snap,sbenarnya aq tgh kilang kabut time ni,.. hehe.. :)

inilah serba sedikit kejadian yg terjadi masa hari akhir persekolahan..harap2 sesi tahun dpan lebih mnarik dan tertarik,, hehe :) sampai di sini dulu.. 
HERE I'M COME PPCS !! 
tataaaaa.....

Khamis, 25 Oktober 2012

pelbagai kejadian

Assalamualaikum semua...

         hari ni smua umat Islam menyambut ketibaan Aidiladha. jd saya pon x nak laa melepaskan peluang mengucap kan selamat menyambut hari raya korban semua.. hmm,,x sbar rasenyer nak tggu raya ke dua, sbb bleh tgk org sembelih lembu untuk di buat korban. majlis kenduri kecil kecillan di sekolah rendah saya.. hehe.. :D

           td lpas maghrib, kite ade mecej ngan someone special to me, sy sgt2 rindu dkat dia.. tapi,die minx clash sdah..huhu,,sy dah cuba untuk x nak.tp dia tetap ngan kputusan dia.apa saya boleh buat, redha ja laa.. dah lama x bermecej lpas ptus..td sy brani kan diri mecej.sy bkan x nak hantar mecej kat dia, cuma takot dia x reply..sy syg dia sgt2,tp dah org x nak kat kita kan, nak wat mcm mana?...

         selain tu, pagi tadi saya ada msak lemang,6 btg smuanya..huhu.. dugaan,.. sdang membakar, hujan turun dgn lebatnya..nasib baik tinggal skit jaa yg x msak..so, dapat laa makan... hehe..sebenarnya lama dah tringin nak bakar lemang sendri. tp x de mase..

             ok lah,till here dulu.x larat nak tulis pnjg2..esok kna bgn awal nak gi solat hari raya.. :D haha..

assalamualaikum..

Isnin, 22 Oktober 2012

Dugaan dan nikmat yg terbalas..

Assalamualaikum semua...

      lamanye x post bnda baru kat blog nii..hehe,, sebenarnya byk bnda blaku skarang..dan semuanya memening kan kpala sayer..huhu...semenjak dua menjak ni, kita slalu pi skolah n balik skolah naik basikal,tp suatu hari nii,,adala exident kecil berlaku..sjak hari tu,kita x de mood dah nak naik basikal..sruh ayh anta aje skarang,tp biler time bdak asrama nak balik,terpaksa la naik gak basikal..sbb nak ngelak kesesakan lalu lintas..ayh saya ni jnis x suka menunggu..same laa mcm saya jgak..penungguan itu ibarat suatu penyiksaan,.. terutama klau org yg minx tlong kita,pastu kita lak kna tggu depa..byk cntik muka hangpa naa.. :p sorry,, prinsip aku ialah, KALAU KITA DIMINTA TOLONG,MEREKA PATUT TGGU KITA,KALAU KITA MEMINTA TOLONG,BIARKAN KITA YG MNUNGGU MEREKA.. samalah jgak dgn masa utuk belajar, murid patut tggu guru,bkan guru tggu murid.. huhu,,mlalut sudaa,, haha :D..  (''abah,,org nak bsikal MTB'',,huhu,ckap dlam hati aje lah.x brani ckap dpan2)

      story ke dua plak, kakak kite dah balik cuti raye..kite ingatkan boleh laa nak main2 ngan dia,tgk citer running man sama2 ke..mlawak lawak mcm org lain ker..tp ni x , skit2 gaduh..kak oi,aku dah larat nak bgaduh laa...tlong laa..jgn cari gaduh lagi erk.. -,-

       haaaa..ni citer kite yg paling best..citer ke tiga... Alhamdulillah,kite dpt gak pergi PPCS ( permata pintar camping school ) (program perkhemahan cuti sekolah) mana2 pon boleh... yg best nye tahun ni, saya x keseorangan ke kem tu, rakan sekelas saya pon dpt juga untuk pergi.. bersyukur yg teramat ke hadrat Illahi..kita nak ucap berbyk trima kasih kpada kwn kite ni yg dah tlong bwk kite ke ujian saringan tu.tanpa bantuan dia,mesti saya x dpt,sbb masa ujian tu berlangsung,kereta kita rosak,x leh nak jalan.so,terpakasa laa tumpang Fareez..thanks yer Fareez.. :D program kem ini akan berlangsung slama 3 minggu di UKM Bangi,Selangor..dalam tempoh 3minggu ni,saya akan duduk berjauhan dgn family di Taiping,Perak..hmm,, sebelum ni saya pernah dah bjauhan ats perkara yg sama masa darjah 6,. jadi saya rasa ini bukan laa perkara serius sgt..saya akan belajar dalam KOS SAINS PENERBANGAN bersama Nurul Nazirah,bdak pendiam dlam kelas saya..hehe..

citer ke empat ni agak sedih..x nak laa tulis pnjg2..sebenarnya , kite kecik hati sgt2 nak ex kite ni..kalau x suke saye,jgn laa buat mcm saya ni x de maruah..saya jage maruah awak slama ni..tp ape awak balas? faham2 laa sendri yer.. maaf..

sampai sini dulu cerita saya.. doakan laa saya bjaya untuk msuk skolah yg saya impikan,iaitu "Sekolah PERMATApintar Negara" sy berharap sgt dpt pindah ke sekolah tu,,sbb klau msuk skolah ni,cerah masa depan woo..haha.. :) till here..bye.. :)

Sabtu, 6 Oktober 2012

Titian Siratulmustaqim


Perihal Sirat Mustaqim.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146
 
#hanya perkongsian bersama dari fb saya =)

Isnin, 1 Oktober 2012

kawan-kawan :D

Assalamualaikum....

      Sebagai langkah permulaan, saya nak bercerita laa sdikit kisah tentang kawan2 saya di sekolah menengah ni...saya ada ramai kawan yg happening dan best2...rakan sekelas saya ada 27 orang semuanya.. Maybe bg stengah org ia bilangan yang kecil..tapi bg saya,,ia agak susah kerana saya kena mengingati smua nama dan rupa mereka kerana saya selaku ketua kelas...pada mulanya mmg agak susah,,lama kelamaan,,atas bantuan semua,,Alhamdulillah saya dapat hafal nama mereka..ia ambil masa yg tdak lama juga rupanya..haha...dalam seminggu ajer...-,- hehe,,kawan yg paling rapat dengan saya dan selalu menemani saya kemana saja saya pergi ialah Nasyat Aqhari...tidak lupa juga pada Afiq Ajmal dan Ikmal yg selalu berada di sisi saya... kepada rakan2 asrama yg lain,,korang juga aku x lupa wei... terima kasih sbb sudi jadi kawan aku... Hmm.. dalam kelas sekolah menengah ni,ada juga rakan saya dari skolah rendah.. tetapi smua nya perempuan..hmm,,skarang smua dah berfikiran matang...segan untuk bergaul mcm skolah rendah dulu..tiba tiba rindu zaman sekolah rendah.. :') hehe... kehidupan harus ditempuhi..tidak kira apa yang berlaku..Pengalaman membuatkan fikiran kita matang.. :D pesanan akhir, semoga berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat untuk semua pembaca...

till here dulu,,insyaallah jika ada kelapangan,saya akn lebih kerap update.. terima kasih kerana sudi membaca.. Assalamualaikum... ^_^